Kakak Ini Berkongsi Kisah Sedih Yang Menimpa Adiknya Selepas 4 Bulan Hisap Vape

Vape kini menjadi alternatif kepada rokok terutamanya kepada perokok tegar yang mahu berhenti merokok. Kebanyakan perokok memberikan respon positif selepas mereka menggantikan rokok dengan vape.

Namun apa yang berlaku kepada seorang pemuda ini yang dikongsikan oleh kakaknya di Facebook sangat mengejutkan. Menurut akaun Facebook Al Nur itu, paru-paru adiknya ini mengecut selepas empat bulan menghisap vape.

Berikut perkongsian dari Al Nur.

Sedih tengok..

Menyayat hati. Proses untuk sembuh sangat menyakitkan. Kuatkan semangat adikku.

Kepada yang tertanya-tanya, ini adalah efek menghisap vape slama 4 bulan setelah berhenti menghisap rokok.

Dia mengalami sakit dada selama dua hari dan kesakitan yang teruk pada hari ketiga.

Paru-paru mengecut..

Kami fikir ianya hanya sakit dada yang biasa namun selepas menjalani imbasan x-ray, doktor mendapati paru-paru kirinya mengecut.

Doktor terpaksa membuat satu lubang untuk memasukkan satu tiub untuk membolehkan paru-parunya kembali normal.

Jika kaedah ini tidak berkesan, dia 'mungkin' kehilangan satu daripada paru-parunya.

Sakit?

Saya boleh jamin ianya satu pengalaman yang menyakitkan. Efek menghisap vape dan menghisap rokok mungkin berlainan mengikut individu tetapi ini adalah peringatan 'awal' untuknya berhenti dari menghisap rokok dan menghisap vape.

 - Siakapkeli.my


Heartbreaking The recovering process is painful. Have faith my dear little brother.To those who's asking. This is the...
Posted by Al Nur on Sunday, 27 March 2016

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.