Video: Mengerikan, Cacing Dirakam Berenang Dalam Mata



SEORANG doktor merekodkan kejadian mengerikan menimpa seorang wanita. Video berkenaan memperlihatkan, seekor cacing sedang bergerak-gerak di dalam bebola mata wanita berkenaan.


Woman-filmed-with-nematode-worm-inside-her-eye

Woman-filmed-with-nematode-worm-inside-her-eye (1)

Cacing tersebut dapat dilihat bergerak aktif di dalam biji matanya namun wanita tersebut dikatakan tidak berasa sakit.
Video ini telah dimuat naik di LiveLeak.com beberapa jam lepas dan sehingga sekarang ianya telah mencapai belasan ribu penonton yang teruja dengan kisah cacing dalam mata ini.
Video tanpa informasi lanjut ini bagaimanapun tidak diketahui lokasi ianya dirakam, mahupun nama doktor dan pesakit terlibat. Sama ada cacing tersebut telah dikeluarkan ataupun tidak juga tidak dinyatakan.
Sehubungan itu ramai menyatakan pendapat mereka tentang kesukaran untuk cacing sekecil itu  dikeluarkan dari mata seorang manusia.
Apa pun, video ini mengingatkan kami tentang pepatah Melayu lama ‘cacing naik ke mata’.


This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.