Suspek Baju Putih Video Belasah Gadis Di Bachok Kelantan Telah Ditangkap

bachol


Suspek Baju Putih Video Belasah Gadis Di Bachok Kelantan Telah Ditangkap|Seorang lagi suspek wanita berusia 20an yang dikehendaki dan diburu sejak sebulan lalu berhubung pergaduhan wanita yang menjadi viral di laman sosial sebulan lalu akhirnya ditahan semalam.

Suspek ditahan polis ketika di kawasan tempat meletak kenderaan di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Pengkalan Chepa, dekat sini, kira-kira 5.30 petang.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian 15 Oktober lalu mangsa dikenali Nila, 22, dibelasah beberapa kali di Wakaf Mek Zainab, dekat sini.


Video viral itu ditonton lebih 100,000 orang di laman sosial Facebook dan dikongsi lebih 3,000 kali.


Berikutan itu semua suspek yang terbabit dalam kes itu termasuk yang merakam pergaduhan berkenaan ditahan.


Peniaga kosmetik, Nurul AtikahHanafi, 27, yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret baru-baru ini mengaku tidak bersalah.hmetro.com.


This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.