GEMPARI!! Pelakon Popular Ditemui Mati Di Kawasan Air Terjun Bidor!!



11209344_546000878901055_1590280794018244900_n (1)Gambar Pelakon Popular Ditemui Mati Lemas Di Air Terjun Bidor|Ipoh: Mayat pelakon lelaki yang dikhuatiri lemas di Air Terjun Lubuk Degong, Kampung Chang, Bidor, ditemui tersangkut di celah batu kira-kira 300 meter dari tempat kejadian, hari ini.
L Keshava Rajan, 25, warga tempatan yang berlakon di selatan India itu, dilaporkan hilang selepas tergelincir dan dihanyutkan arus deras ketika berkelah bersama keluarganya di kawasan air terjun berkenaan, 5.45 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Som Sak Din Keliaw berkata, 10 pegawai dan anggota menjalankan semula operasi mencari serta menyelamat bersama-sama empat agensi lain termasuk bomba sejak 8 pagi ini.
“Operasi kami ditangguhkan, petang semalam, kerana cuaca gelap,” katanya.Som Sak berkata, mayat mangsa dijumpai pasukan penyelamat, pada 9.30 pagi.
Katanya, dia ditemui terapung dan tersangkut pada batu di tebing sungai dalam jarak 300 meter dari lokasi kejadian.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.
Difahamkan, mangsa yang berasal dari Hutan Melintang, Teluk Intan adalah pelakon Kollywood iaitu gelaran industri perfileman di selatan India.
Filem pertama lakonannya bertajuk ‘Ka Ka Ka Po’ dan bakal ditayangkan, Disember ini.
Dia sepatutnya berlepas ke Chennai, hari ini, bagi membuat persiapan terakhir bersempena majlis pelancaran serta tayangan perdana filemnya.
Gambar sekitar penemuan mayat pelakon kollywood
12279130_546000978901045_4241436547984261469_n
11012056_546000958901047_873195155431630504_n
12289488_546000935567716_3208805954031130735_n
12239650_546000912234385_8702307733522791869_n
12274205_546000902234386_8218140761144487572_n
11209344_546000878901055_1590280794018244900_n (1)


This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.