Lana Nodin Terkejut Suami Beri Cincin RM100,000 & BMW Sport





Bertuah sungguh Lana Nodin apabila dia menerima hadiah berupa cincin berlian hampir RM100,000 serta sebuah kereta BMW Sport sempena hadiah perkahwinannya selain mengakui terkejut dengan perkara tersebut.


Jelas Lana, dia hanya tahu mengenai cincin berlian tersebut ketika upacara membatalkan air sembahyang selepas akad nikah. Selain itu, pelakon ini juga turut menerima seutas jam tangan daripada David berharga RM25,000.


“Saya tak sangka ketika David (Daud) sarungkan cincin tadi, dia kejutkan saya dengan cincin idaman saya. Saya pernah lihat cincin tersebut ketika mengunjungi Amerika Syarikat beberapa bulan lalu,” katanya yang bakal mengkuti suaminya ke Amerika Syarikat tidak lama lagi.


Lana yang ditemui di Hotel Palace Of Golden Horses selepas majlis pernikahannya pada pagi Jumaat bagaimanapun merahsiakan jumlah wang hantaran diberi suaminya selain menyatakan wang tersebut telah diserahkan kesemuanya kepada ibu dan bapa saya beliau.



This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.