Ads Top

Insiden Rantai Putus, Berikut Adalah Kenyataan Media dari Pihak LRT3


Kuala Lumpur, 6 Jun -  Rakan Penyampai Projek (PDP) bagi projek pembangunan LRT3, MRCB George Kent (MRCBGK) hari ini mengeluarkan satu kenyataan rasmi susulan insiden rantai putus semalam yang mana video kejadian terbabit viral di media sosial hari ini.

Pihak Siakap Keli ada memuat naik video kejadian di Facebook petang tadi.

"MRCB George Kent Sdn Bhd (MRCBGK), Rakan Penyampai Projek (PDP) bagi projek pembangunan LRT3, Sunway Construction ingin memaklumka bahawa satu bored pile casing telah tergelincir dari sebuah trailer ketika ia diangkat lebih kurang satu meter ke atas dan jatuh semula ke atas trailer terbabit dalam kejadian berdekatan kawasan kerja LRT3 di Sri Andalas Klang, lebih kurang jam 3 petang semalam." tulis kenyataan terbabit.

Kata kenyataan itu juga, tiada kerosakan berlaku terhadap kemudahan awam dan tiada pengguna jalan raya yang tercedera susulan kejadian.

"Insiden berjaya diselesaikan dalam masa satu jam. MRCBGK melihat perkara ini dengan serius dan akan memastikan tiada kompromi dalam isu keselamatan orang awam serta pekerja. Arahan Stop Work Order (SWO) telah dikeluarkan serta merta dan siasatan sedang dilakukan" tulisnya.

Bagi orang awam yang mempunyai pertanyaan, boleh hubungi talian hotline LRT3 di 1 800 18 2585.

Sumber: LRT3

No comments:

Powered by Blogger.