Ads Top

Akibat Nama Anak Tak Cukup 'Perempuan', Pasangan Diarah Mahkamah Tukar Nama Anak Mereka


Pasangan di Milan, Itali, yang telah memilih nama untuk anak perempuan mereka 'Blu', baru-baru ini diperintahkan oleh mahkamah untuk menukar nama yang lebih 'perempuan'. Sekiranya tidak, pasangan itu berdepan risiko nama lain yang akan diberikan oleh makhkamah kepada bayi mereka.

Menurut perintah presiden yang dikeluarkan pada tahun 2000, 'nama yang diberikan kepada anak mesti bersesuaian dengan seks mereka' dan pihak berkuasa Itali nampaknya tidak menganggap Blu nama yang sesuai untuk seorang budak perempuan.

Walaupun nama bayi berusia 18 bulan itu telah didaftarkan pada sijil kelahiran dan pasportnya, ibu bapanya dipanggil untuk hadir di mahkamah minggu lepas untuk memilih nama lain yang lebih feminin.

"Memandangkan ini adalah nama moden dari perkataan Inggeris 'blue', dan ia tidak boleh dipertimbangkan secara tegas untuk seseorang dengan jantina perempuan, sijil kelahiran mesti diperbetulkan dengan memasukkan nama perempuan lain yang boleh dicadangkan oleh ibu bapa semasa pendengaran," arahan mahkamah dibaca.

"Sekiranya kami tidak muncul pada hari Khamis dengan satu nama alternatif, seorang hakim akan memutuskan nama lain untuk anak perempuan kami," kata bapa bayi, Luca kepada akhbar Itali Il Giorno, minggu lalu.


Bagaimanapun ibu bapa Blu mahu mencabar arahan pertukaran nama di mahkamah, dengan alasan nama Blu telah digunakan secara meluas di Itali dan luar negara untuk bayi perempuan, sebagai contoh nama Blue Ivy, anak perempuan Jay Z dan Beyonce.

Menurut sumber, statistik dari pejabat statistik negara menunjukkan pada tahun 2016 terdapat sekurang-kurangnya enam wanita Itali bernama Blu. Il Giorno melaporkan di Milan sahaja bahawa terdapat sekurang-kurangnya dua wanita bernama Verde (hijau).

Akhbar Itali, La Republica berjaya menghubungi Blu Lapore, 41, dari Rom, yang menyatakan bahawa ibunya berjaya meyakinkan pendaftar untuk menerima namanya dengan alasan nama boleh berubah mengikut peredaran masa.

Dia memberikan contoh 'Celeste', yang pada asalnya merupakan nama budak lelaki di Itali tetapi kini hampir digunakan secara eksklusif untuk kaum perempuan.

Ibu bapa Blu bukan satu-satunya pasangan yang dipanggil oleh mahkamah minggu lepas.

Pasangan lain yang menamakan anak perempuan mereka Blu juga muncul di hadapan hakim dan menawarkan nama yang boleh diterima.

Sumber : odditycentral

Siakapkeli.my

No comments:

Powered by Blogger.