Ads Top

Yang Dipertuan Agung Berkenan Beri Pengampunan Dan Pembebasan Serta-Merta Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim


Bagi mereka yang mengikuti perkembangan semasa politik tanah air tentu sudah sedia maklum dengan perubahan kerajaan di peringkat pusat dan juga isu politik di peringkat negeri. Antara peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku dalah tamatnya era pemerintahan kerajaan Barisan Nasional selama 60 tahun, kemenangan Pakatan Harapan yang diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk membentuk kerajaan, pelantikan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-7 dan yang terkini adalah pembebasan Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 10 Mei yang lalu, media tempatan melaporkan bahawa PM memberitahu bahawa Yang Dipertuan Agong akan memberikan pengampunan serta-merta kepada Datuk Seri Anwar, dan tarikh bersejarah itu akhirnya tiba pada hari ini apabila Datuk Seri Anwar mengadap YDPA di Istana Negara pagi tadi selepas menjalani pemeriksaan di Hospital Rehabilitasi Cheras.

Dalam satu kenytaan media yang diterbitkan oleh Istana Negara, melalui Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Dato' Wan Ahmad Dahlan Bin Hj. Abdul Aziz, rayuan pengampunan penuh Datuk Seri Anwar dibentang dan dipertimbangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-51 pada 16 Mei.


Atas nasihat lembaga pengampunan tersebut, YDPA menitahkan bahawa baginda berkenan untuk memberi pengampunan penuh dan membebaskan serta-merta Datuk Seri Anwar dari tarikh mesyuarat itu dijalankan. Pemberian pengampunan ini juga selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Pada tahun 2015, Mahkamah Persektuan menolak rayuan yang dibuat Dtuk Seri Anwar dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan sebelum atas kesalahan liwat bekas pembatu peribadinya, Siaful Bukhari Azlan.

Ramai pihak menyifatkan kes tersebut bermotifkan politik selain turut menerima kecaman antarabangsa, namun kerajaan Malaysia terdahulu menafikan penglibatan mereka dengan menyatakan bahawa kes tersebut adalah antara pembantu peribadi dengan majikannya.

Sumber : Kenyataan Media Istana Negara

No comments:

Powered by Blogger.