Ads Top

Wanita Sanggup Bayar Lebih RM4,000 Untuk 'Air Suci' Yang Dikatakan Boleh Buang 'Sial'


Seorang wanita dan keluarganya dilaporkan membayar seorang lelaki $ 1450 (RM4297) untuk sembilan botol 'air suci' setelah mempercayai bahawa ia akan membantu mereka menyingkirkan nasib buruk.

Walau bagaimanapun, hidup mereka masih tidak berubah walau telah meminum 'air suci' tersebut

Dalam keadaan marah, wanita itu membuat laporan polis.

Puan Yang, 30, yang tinggal di flat Bukit Batok bersama suami, kakak dan ayahnya, memberitahu bahawa dia dan suaminya sama-sama menganggur.

Keluarga ini bergantung kewangan terhadap kakaknya yang merupakan pekerja tunggal dalam keluarga.

Menurut Puan Yang, lelaki yang menjual 'air suci' itu berasal dari Indonesia dan berusia sekitar 50 tahun.

Dia memberitahu bahawa sejak beberapa bulan lalu, kakaknya telah mengadu dimana rumah mereka itu 'kotor' dan terdapat sesuatu yang telah menarik kakinya ketika dia tidur.

"Saya tidak tahu bagaimana lelaki itu mengetahui tentang ini, tetapi dia memberitahu kakak saya bahawa dia tahu cara menyelesaikannya."

Akibat terlalu percaya, mereka seakan dipukau kerana diberitahu 'air suci' yang akan diberikan itu mampu menghilangkan segala kesulitan dalam hidupnya.

"Kami kemudian menghabiskan $400 untuk empat botol 'air suci', sementara kakak membayar $800 untuk lima botol."

Selepas menyedari rawatan itu tidak berhasil, Yang cuba meminta lelaki itu membayar balik wang tersebut, namun gagal.

Pun begitu, lelaki terbabit dikatakan mengancam untuk 'menyumpah' mereka jika membuat laporan polis.

"Hidup saya tak berubah selepas minum 'air suci' itu."

"Saya sudah pun membuat laporan polis.  Ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang lain agar lebih berhati-hati."

Siakapkeli.my

Sumber: Stomp

No comments:

Powered by Blogger.