Ads Top

(Video) Perhatian Kepada 'Beauty Junkies', Jualan Ulangtahun Ke-6 #Hermo612 Kembali Lagi Mei Ini, Bolehlah Tampil Menawan Di Pagi Raya Nanti!


300 jenama 9,000 produk di Hermo’s 612 6th Anniversary Sale!

Tak perlu nak dipersoalkan lagi kredibiliti HERMO sebagai salah satu platform yang mengumpulkan lebih daripada 300 jenama serta lebih 9,000 produk kecantikan yang ditawarkan melalui talian terbesar di Malaysia. Hermo Malaysia menyaksikan lebih daripada 500,000 pembeli mengunjungi laman itu untuk melihat produk kecantikan kegemaran mereka yang merangkumi setiap barangan penjagaan badan serta wajah dan segala produk berkaitan kecantikan yang lain.

Tahun lepas, Hermo telah menyambut ulang tahunnya yang ke-5 dengan mengadakan jualan luar biasa melibatkan harga serendah RM1 serta diskaun sehingga 90% bagi kesemua produk yang dijual! Rugi pada korang yang terlepas jualan hebat tahun lalu. Macam manalah boleh tak 'join' sale hari tu?

'Hey, We Are Local!'

Tapi takpe, korang jangan sedih dulu okay! Kerana tahun ini sekali lagi, Hermo kembali dengan tawaran promosi lebih menarik sempena ulang tahun yang ke-6 dengan tagline 'Hey, we are local!' Sebagai salah satu medium dan destinasi barangan kecantikan dalam talian nombor 1 di Malaysia, Hermo seperti 'superhero' yang mampu memenuhi keperluan penjagaan hujung rambut hingga hujung kaki kita setiap hari! Dimiliki oleh anak tempatan, Hermo menjanjikan korang pengalaman membeli-belah unik dengan pelbagai pilihan produk kecantikan berkualiti tinggi dan mampu milik dari Korea, Taiwan, Jepun dan Eropah. Hebatkan dorang ni?

Baiklah, kita nak masuk bab patriotik sikit. Kalau korang 'power', cuba bagitahu apa yang membuatkan negara kita Malaysia ini unik?



Haa..mestilah makanan yang membuatkan Malaysia ini unik! Malaysia adalah antara negara yang mempunyai pilihan makanan 'terbanyak' dan 'terpaling sedap' di alam semesta! Senarai makanan terkenal seperti nasi lemak, laksa, ais kacang, onde-onde dan karipap mendengarnya saja dah buatkan perut terus berkeroncong lapar. Tapi, apa pula kena mengena makanan dan Hermo?

Percuma nasi lemak dan laksa?! Biar betul!

Ha..ni nak bagitahu, pada sambutan ulang tahun ke-6 Hermo, #Hermo612 kini kembali dengan tawaran lebih hebat dan unik! Apa yang unik sangat tu? Setiap pembelian melebihi RM88 untuk mana-mana produk di Hermo, korang akan dapat 'homemade' sabun berbentuk makanan paling 'famous' di Malaysia! Setiap minggu selama 5 minggu, Hermo menawarkan bentuk sabun yang berbeza; minggu pertama, korang akan dapat sabun berbentuk makanan paling tak boleh 'missed' setiap pagi, iaitu Nasi Lemak dan minggu kedua pula merupakan sajian wajib setiap kali jamuan hari raya iaitu Laksa! Untuk minggu yang seterusnya pula, korang kenalah rajin-rajin jenguk laman web rasmi Hermo untuk koleksi sabun makanan yang lain ya. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan sabun 'rare' ni okay!


Memang berbaloi sangat kalau korang membeli-belah masa #Hermo612 Anniversary ni. Sesuai untuk para gadis 'beauty junkie' yang nak 'stock up' barang-barang mekap korang, minyak wangi, losyen dan macam-macam lagilah! 300 jenama tau, tak cukup muka surat kalau nak bagitahu satu persatu.

#HermoxClickApparel

Bukan itu sahaja, ada lagi! Untuk setiap pembelian sepanjang tempoh jualan #Hermo612 ni, korang juga akan berpeluang membawa pulang 'Lazy Gal Makeup Bag' yang 'cool' teruk ni secara percuma bagi pembelian bernilai RM200 dan keatas daripada Click Apparel, iaitu antara jenama terhangat di Malaysia. Macam-macamnya Hermo bagi sempena ulang tahun ke-6 kali ni! Rugi kalau korang terlepas juga dengan tawaran yang hebat sempena tema jualan 'Hey, we are local!'


Bagi korang yang tak tahu, Click Apparel merupakan antara jenama fesyen yang mengeluarkan 'design' pakaian dan topi 'custome-made' mengikut kehendak dan permintaan para pelanggan. Jadi, kalau korang berhasrat nak baju dengan 'design' korang sendiri, Click Apparel mampu merealisasikan permintaan korang tu.

OMO! Datang lagi!




Seperti tahun lepas, tahun ini sekali lagi buat para pelanggan setia Hermo, jangan lupa 'ber-OMO' dengan tawaran menarik daripada produk terhangat dan paling laris daripada Korea dengan harga yang tak masuk akal! Gelombang pertama XOMO akan berlangsung pada 21 Mei dan berakhir pada 24 Jun 2018. Jadi, tolonglah jangan lepaskan peluang berharga ni untuk semak tawaran XOMO setiap hari di Hermo dengan harga yang sangat hebat untuk kesemua jenama kesukaan korang. Pastikan pagi raya nanti muka korang berseri-seri dengan produk daripada Hermo, okay!



Nikmati diskaun 60% storewide dan tawaran hebat dari RM1!!

Mungkin ada diantara korang yang dah berbelanja sakan tahun lepas tak rasa terkejut sangat dengan promosi ni, tapi ia sangat menggemparkan bagi sesiapa yang terlepas peluang memborong pelbagai rangkaian produk kecantikan daripada Hermo serendah RM1, RM2, dan RM6 sahaja!

Tawaran ini hanya akan berlangsung pada 1, 2 dan 6 Jun 2018. Jadi, korang kena sentiasa 'alert' dengan promosi gempak ni dan kalau tak boleh nak ingat sangat, catit tarikh-tarikh penting ni, buat reminder terus okay?



#Hermo612 kali ini bukan biasa-biasa, selain boleh buat korang hampir tidak waras dengan tawaran harga serendah RM1 tu, Hermo juga akan melangsungkan sesi Flash Deals dimana korang boleh grab produk-produk yang terpilih dengan harga murah teruk dalam waktu yang terhad. Korang kena 'stand-by' depan pc atau lekatkan terus peranti mudah alih korang kat tapak tangan supaya korang tak ketinggalan dengan promosi Flash Deals yang hanya akan berlaku selama 6 jam, daripada pukul 6 petang hingga 11.59 malam pada setiap hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Sabtu daripada 21 Mei sehingga 26 Jun 2018.

Bukan itu sahaja, antara promosi-promosi lain yang akan berlangsung sempena ulangtahun ke-6 Hermo ini adalah tawaran beli 1 percuma 6 pada 28 hingga 30 Mei, beli 4 dengan harga RM48 pada 4 hingga 10 Jun 2018, 'everything under RM26' pada 11 hingga 17 Jun 2018 dan istimewa buat 'make-up junkies', beli 2 percuma 4 yang akan dijalankan pada 18 hingga 24 Jun 2018.



Ha, masih 'speechless' dengan variasi pilihan produk serta tawaran promosi sempena #Hermo612 ni kan? Memang susah sangat nak fikir dan pilih! Rasa macam nak beli semua je lah senang! Takdela tidur malam termimpi-mimpi.

Untuk makluman, setiap pembelian yang dibuat akan diberikan rebat 6% daripada caj GST bermula pada 21 Mei ini.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang produk dan rebat sepanjang promosi Hermo's 612 6th Anniversary Sale Hey, We Are Local! Korang boleh layari laman web rasmi Hermo sendiri serta check it out Facebook dan juga Instagram Hermo Malaysia.

No comments:

Powered by Blogger.