Ads Top

(Video) Lelaki Maut Gara-Gara Mahu 'Berselfie' Dengan Beruang


Seoang lelaki dilaporkan maut gara-gara tindakannya yang kononnya cuba 'berselfie' dengan seekor beruang.

Ketika kejadian, Prabhu Bhatara dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menghadiri majlis perkahwinan.

Namun dia tiba-tiba keluar dari kenderaan SUV dipandunya kerana mahu pergi ke tandas sebelum ternampak seekor beruang dalam keadaan cedera.

Penumpang Bhatara memberitahunya supaya tidak mendekati haiwan tersebut semata-mata mahu berselfie tetapi dia tidak mengendahkan nasihat tersebut.

Bhatara menghampiri beruang itu dan kemudiannya diserang. Seekor anjing liar cuba bertarung dengan beruang itu dan menggigitnya tetapi gagal untuk menakutkan haiwan berkenaan.

Beberapa pekerja perhutanan terpaksa menenangkan beruang terbabit supaya mereka dapat menghampiri mayat Bhatara.

Bhatara disahkan meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.

Insiden itu berlaku dekat Papadahandi di daerah Nabarangpur, Odisha, India pada Rabu lalu.



Siakapkeli.my

Sumber : Independent

No comments:

Powered by Blogger.