Ads Top

(Video) Hanya Guna 5 Bahan, Resepi 'Mango Float' Popular Dari Filipina Sedap Dan Mudah



Masuk hari ke-6 umat Islam berpuasa ni, mesti ada sesetengah daripada kita rasa dah malas nak berjalan ke bazar Ramadhan ataupun tak tahu nak makan apa bila berbuka nanti.

Semua jualan di bazar nampak sama sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Ditambah pula, cuaca panas-panas ni terasa nak makan manisan atau hidangan pencuci mulut yang masam-masam manis.

Ha, ini dia! Kami kongsi resepi pencuci mulut 'Mango Float' sesuai sangatlah untuk tekak korang yang nak rasa kemanisan mangga dan kelemakkan kejunya. Hidangan ini bukan sahaja sesuai untuk dijadikan juadah berbuka tapi sesuai juga dihidangkan untuk sebarang majlis sebagai sajian pencuci mulut. Mesti ramai yang suka!


Jom kita tengok cara-cara nak buat 'Mango Float' ni.
Bahan-bahan : 
  • 2 biji buah mangga Biskut cream cracker secukupnya 
  • 1 cawan cream cheese 
  • 1/2 cawan susu pekat manis 
  • 1/2 cawan susu segar 
  • 1/2 cawan whipping cream 

Untuk tabur pada bahagian atas : Biskut cream craker yang telah diramas halus 



Cara penyediaan : 
  1. Putar whipping cream dengan mixer hingga kental (anggaran 3 - 5 minit). Ketepikan. 
  2. Putar cream cheese hingga menjadi sedikit kembang. Kemudian masukkan susu pekat dan putar bersama. Satukan whipping cream bersama adunan ini dan kacau sebati. 
  3. Ambil bekas yang sesuai dan ratakan adunan cream tadi secara nipis pada dasar bekas. Celupkan kepingan biskut cream cracker ke dalam susu segar dan lapiskan di atasnya. Ratakan lapisan seterusnya dengan cream lagi. Kemudian susun potongan mangga diatasnya. 
  4. Cara susunan bermula dari dasar : cream, biskut, cream, mangga. Ulangan proses ini hingga habis. Terpulang kesukaan anda berapa lapis. 
  5. Pada lapisan paling atas, taburkan biskut yang telah dihancurkan. Letakkan potongan mangga. 
  6. Sejukkan dalam peti ais 4 jam sebelum dimakan. 

No comments:

Powered by Blogger.