Ads Top

''Terkedu Saya Bila Mak Ayah Bawa Anak ''Chicken Pox'' Main Di Luar Bersama Kanak-Kanak Lain'' Jangan Ambil Mudah, Dengar Nasihat Doktor Ini


'Chicken Pox' ataupun cacar air boleh terjadi pada semua peringkat umur, tapi banyak berlaku pada kanak-kanak. Kebiasaannya kita akan kena sekali sahaja seumur hidup, sebab itu rata-rata orang dewasa sudah tidak kena kerana sudah kena sewaktu kecil, betul tak?

Seperti diketahui, penyakit ini amat mudah berjangkit kepada orang lain dan boleh merebak dari seorang ke seorang dengan hanya melalui sentuhan ataupun cecair.

Perkongsian oleh Doktor Taufiq Razif ini seharusnya dipandang serius kerana masih ada ibu bapa yang tidak mempunyai kesedaran tentang bahaya jangkitan chicken pox ini dalam kalangan kanak-kanak.

Langkah terbaik kuarantinkan anak anda kerana komplikasi jangkitan pada kanak-kanak lain boleh menyebabkan kes seperti kematian. Semoga bermanfaat dan dapat dijadikan peringatan oleh semua.

Jangan Bawa Anak Chicken Pox Ke Tempat Bermain Kanak-Kanak!


Terkedu saya bila isteri saya bagitahu ada budak yang tengah kena chicken pox tengah bermain-main di samping anak saya.

Kebetulan semalam cuti 1 Mei saya bawa anak saya bercuti. Tempat tu memang penuh dengan puluhan kanak-kanak yang masih kecil. Hajatnya nak anak sihat la sikit dengan aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh kan.


Tapi tiba-tiba isteri saya yang memang hampir tiap hari hadap budak chicken pox di Klinik Kesihatan perasan ada sorang budak ni ada ruam-ruam berair memenuhi muka dan lehernya. Eh! Ni macam chicken pox! Terus kami report pada staff di  situ. Mereka terus nampak gelabah. Mereka pun tak perasan kot.


Kami dan staff terus la cari ayah si adik ni. Dalam 10 minit juga baru kami dapat detect si ayah ni. Tapi Ya Rabb! Punyalah susah si ayah ni nak bawa anaknya keluar. Ayahnya macam tak acuh je. Dekat setengah jam juga si ayah duduk kat situ tanpa berganjak. Saya dan isteri dah mula risau.

Kenapa saya dan isteri risau sangat?

Tahu tak yang chicken pox ataupun cacar air ni boleh berjangkit melalui titisan air bila adik tu bersin ataupun batuk. Sekali batuk je agak-agak berapa orang budak kat dalam tu akan kena chicken pox tu nanti?

Penyakit ni memang tak bahaya dan boleh baik dengan sendirinya tapi penyakit ni akan sangat fatal pada orang yang ada sistem imun yang lemah ataupun ibu yang mengandung!

Kalau kena dekat kanak-kanak yang lemah sistem imunnya, virus Varicella-Zoster penyebab Chicken Pox ni boleh masuk sampai ke otak ( Encephalitis ) dan komplikasinya boleh menyebabkan kematian!


p/s : Antara simptom Chicken pox adalah demam yang disertai ruam cacar pada kulit yang bermula daripada bahagian kepala dan disertai batuk selsema.


p/s : Boleh belajar lebih detail lagi tentang anak-anak kita di Telegram saya. Klik je link ni ye t.me/NotaTaufiqRazif

p/s : Tolong jangan bagi isteri kita yang sedang HAMIL dekat dengan anak-anak yang kena Chicken Pox ni sebab sistem imun mereka tengah sangat lemah!

Siakapkeli.my

No comments:

Powered by Blogger.