Ads Top

Restoran Ini Beri Makanan Dan Minuman Percuma Kepada Pelanggan Yang Berjaya Lepasi Pagar Bersaiz Sempit


JINAN: Sebuah restoran di Shandong, China menawarkan makanan dan minuman percuma kepada pelanggan yang berjaya melepasi pagar logam bersaiz 15 sentimeter yang dipasang pada kedai tersebut.

 Beberapa tawaran promosi diskaun juga akan diberikan kepada pelanggan mengikut jenis kelebaran pagar logam yang berjaya dilepasi mereka contohnya, pelanggan akan mendapat lima tin bir setiap kali berjaya melepasi pagar selebar 18 sentimeter manakala satu tin bir untuk pagar berukuran 25 sentimeter lebar.


Menurut pemilik restoran, Zhao Lang,  promosi tersebut bertujuan menggalakan kesedaran dalam kalangan orang ramai bagi menjaga pemakanan dan mengelakkan masalah berat badan berlebihan.

"Boleh dikatakan seorang pelanggan mampu melepasi lebar paling sempit setiap hari.

"Mereka terdiri daripada pelanggan wanita," kata pemilik restoran yang mula beroperasipada 2016 itu.


Jelas Zhao  promosi tersebut menarik perhatian pelanggan untuk mengunjungi restorannya dan melakukan 'cabaran pagar logam' itu.

Sumber- Dailymail

No comments:

Powered by Blogger.