Ads Top

PM Umum 3 Menteri Untuk Mengisi 3 Portfolio Utama Negara, 7 Lagi Akan Diumum Kelak


12 Mei - Setelah beberapa hari Tun Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh, hari ini beliau dan Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mendapat kata putus untuk menformasikan menterikabinet yang baharu dibawah pemerintahan Pakatan Harapan.

Dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu telah disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook Astro Awani tersebut.

Tun Mahathir hanya mengumumkan 3 Menteri untuk 3 Kementerian dan selebihnya Pakatan Harapan masih lagi belum membuat keputusan untuk meletakkan calon terbaik memegang jawatan tersebut.

Menteri-menteri yang telah diumumkan adalah seperti berikut:

Tan Sri Muhyiddin Yassin - Menteri Dalam Negeri
Lim Guan Eng - Menteri Kewangan
Mohamad Sabu - Menteri Pertahanan




No comments:

Powered by Blogger.