Ads Top

Pergi Bazar Tu Bawa Duit Cukup-Cukup Apa Nak Beli Je - 7 Tips Jimat Duit Belanja Korang Dalam Bulan Puasa


Di bulan Ramadhan, cabaran yang paling terbesar adalah menahan lapar dan dahaga. Nafsu makan seakan membuak-buak. Disebabkan itu ramai yang gagal untuk menahan nafsu dari membeli pelbagai juadah hingga berlaku pembaziran. Sudahnya, duit yang dibelanjakan melebihi bajet anda. Sepatutnya pada bulan mulia ini, kita mesti dapat berjimat namun sebaliknya berlaku.

Tips yang dikongsikan oleh Amir Syahir melalui laman facebook ini mungkin boleh diaplikasikan oleh anda untuk menjimatkan belanja di bulan puasa. Pokok pangkalnya, terpulang atas diri sendiri. Semoga bermanfaat.

7 Tips Jimat Duit Belanja Di Bulan Ramadhan


Bulan Ramadhan ni duit belanja akan keluar lagi laju daripada bulan biasa. Betul ke?

Bulan Ramadhan ni lah kita untuk berlatih untuk menahan lapar dan dahaga. Nafsu belanja kau tu pun kena kawal supaya tak pembaziran makanan berlaku.

Sepatutnya bulan ni kita boleh jimat banyak kan. Tapi orang yang biasa berbelanja besar memang duit keluar laju je.

Jom baca antara tips kau boleh jimat berbelanja dalam bulan Ramadhan ni :

1. Sudah Buat Keputusan

Lepas solat Asar kau terus fikir apa kau nak beli di bazar nanti. Yang pergi ke bazar baru nak fikir tu yang beli banyak-banyak tu. Pastikan kau beli tak lebih dua-tiga jenis lauk je.


2. Jangan Bawa Duit Berlebihan

Jangan bawa duit yang berlebihan sebab nanti kau akan beli makanan yang berlebihan. Contohnya bawa RM20 sahaja. Jadi takdelah kau nak borang semua untuk juadah berbuka nanti. Dompet tinggal siap-siap dalam kereta.


3. Berbuka Di Masjid

Kau yang bujang tu boleh lah berbuka di masjid. Boleh terus beribadah dan solat berjemaah di masjid. Jimat pun jimat. Dapat pahala solat berjemaah lagi.


4. Bertukar-Tukar Juadah Berbuka

Hari minggu, berpakatlah dengan kawan-kawan untuk berbuka sama-sama. Bawa juadah berbuka puasa yang dimasak sendiri di rumah. Jimat kan. Banyak menu boleh dimakan.

5. Berbuka Di Rumah

Tak perlu beli kuih-muih. Makan je kurma. Tak perlu beli air kat bazar. Buat sendiri je air kat rumah. Masak sendiri lauk. Kebersihan pun terjamin. Lagi jimat.


6. Bufet Ramadhan

Kau makan berapa pinggang sangat lah. Kalau RM80 untuk berbuka puasa tu mahal dah tu. Kos makan kau pun tak lebih RM30 gua rasa. Rugi je RM50 tu. Bukankah Ramadhan ini mengajar kita supaya bersederhana?


7. Kirim Kepada Kawan

Kalau kau selalu beli banyak-banyak lepas tu tak habis makan, elok lah kau kirim saja supaya kawan ataupun keluarga kau pergi beli untuk kau. Biasa la kalau perut lapar, semua nak makan.

Elok lah kau berjimat cermat untuk sebulan ni. Nanti nak raya lagi banyak nak pakai duit. Kang mula la nak buat pembiayaan peribadi.

Orang tak biasa puasa memang memborong makanan banyak-banyak. Serupa tak makan sebulan dah. Beli banyak-banyak pastu buang je. Membazir je. Esoknya buat lagi. Kau la sapa lagi. Kah!

Siakapkeli.my

No comments:

Powered by Blogger.