Ads Top

(Gambar, Video) Suasana Mengerikan Bencana Letusan Gunung Berapi Di Pulau Hawaii, Ribuan Penduduk Diarahkan Berpindah


Kepulauan Hawaii yang menjadi destinasi pelancongan tropika popular dunia kini sedang dilanda musibah letusan gunung berapi sejak Khamis lalu.

Letusan Gunung Berapi Kilauea setakat ini sudahpun memusnahkan 35 buah rumah dan bangunan serta memaksa seramai 1500 penduduk berhampiran kawasan tersebut untuk berpindah.

Saintis kini meramalkan bahawa Kilauea berkemungkinan akan meletus pada kadar lebih besar dan melepaskan lava pada dari bumi namun hingga kini mereka masih belum dapat menetukan lokasi tepat dimana ia bakal berlaku.

Sejak Sabtu lalu, beratus-ratus gempa kecil turut dilaporkan berlaku sehari selepas gempa bumi berskala 6.9 melanda Haiwaii, terbesar dalam tempoh 40 tahun. Ahli geologi membuat andaian bahawa gempa bumi tersebut berkemungkinan berlaku disebabkan pergerakkan lava. Mereka menjangkakan gempa susulan akan berlaku.

Pihak berkuasa Haiwaii dalam satu kenyataan menghalang orang ramai daripada memasuki kawasan yang terjejas disebabkan pelepasan gas sulfurik berbahaya yang boleh meracuni sesiapa yang menghidunya.

Kilauea dilaporkan telah meletus secara berterusan sejak tahun 1983 dan tercatat sebagai salah satu gunung berapi paling aktif didunia.

Pada tahun 2014, lava yang melimpah telah memusnahkan rumah penduduk dan tanah perkuburan hingga ke kawasan Pahoa.

Hampir 30 tahun yang lalu, lava dari gunung berapi yang sama melimpah perlahan-lahan dalam tempoh satu tahun hingga menutupi seluruh perkampungan.


















Sumber : Dailymail, CBS News

No comments:

Powered by Blogger.