Ads Top

"Datuk Lee Chong Wei Letak Jawatan Sebelum 'Kejadian' Itu Lagi" - Pihak Pengurusan Raj's Banana Leaf


Ekoran tular video kontroversi restoran makanan india, Raj's Banana Leaf kerana menunjukkan pekerja-pekerja mereka mencuci pinggan mangkuk menggunakan air lopak di tepi jalan belakang restoran tersebut membuatkan nama Datuk Lee Chong Wei tiba-tiba turut terpalit sama.

Dalam satu kenyataan menerusi Facebook rasmi restoran tersebut, Datuk Lee Chong Wei telah pun meletakkan jawatannya sebelum video itu tersebar.  Pihak pengurusan juga memberitahu bahawa Datuk Lee Chong Wei pernah menjadi pengarah syarikat berkenaan namun tidak pernah terlibat dalam sebarang operasi perniagaan di restoran terbabit.



Sehubungan itu, pihak restoran tersebut dalam status yang sama turut menyatakan permohonan maaf diatas apa yang telah berlaku dan menjelaskan kejadian tersebut dilakukan oleh pekerja-pekerja baru.  Walaubagaimana pun, DBKL serta Timbalan Pengarah Kesihatan dan Alam Sekitar, Chandrakant Patel, mengambil langkah segera dengan mengarahkan untuk restoran itu ditutup serta merta sehingga diberitahu kelak.
Siakapkeli.my

Sumber: Facebook Raj's Banana Leaf

No comments:

Powered by Blogger.