Ads Top

Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Elyas Omar Meninggal Dunia


Hari ini dunia sukan telah kehilangan tokoh besar selepas Tan Sri Elyas Omar yang juga merupakan bekas Datuk bandar Kuala Lumpur dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 7.15 petang tadi.

Allahyarham yang pernah aktif dan mengepalai beberapa deligasi sukan ke kejohanan besar telah menghambuksan nafas terakhirnya di di Institut Jantung Negara (IJN).

Beliau merupakan Pesuruhjaya Sukan Malaysia yang dilantik oleh Menteri Belia dan Sukan, Dato' Azalina Othman Said pada 5 Januari 2005, pernah menjadi Presiden Persatuan Badminton Malaysia dengan rekod kejayaannya ialah membantu negara menjulang Piala Thomas pada 1992 dan dalam sukan bola sepak memimpin Kuala Lumpur muncul juara Piala Malaysia tiga kali berturut-turut dari 1987-1989.

Semasa menjadi Datuk Bandar Kuala Lumpur, Allahyarham pernah memperkenalkan pelbagai perubahan pembagunan dan mencantikkan Kuala Lumpur termasuk memperkenalkan kemudahan pengankutan awam seperti Light Rapid Transit (LRT) yang menggunakan eleveted guideway bagi mengurangkan kesesakan jalanraya.

Selain itu, idea pengindahan Kuala Lumpur beliau mencadangkan wujudnya Taman Orkid, Taman Burung, Taman Rusa, Taman Bandar Tun Razak, Taman Tasik Permaisuri dan banyak lagi.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. - Siakapkeli.my

No comments:

Powered by Blogger.