Ads Top

Awas, Kalau Anak Ada 5 Tanda Nie, Mereka Dah Jadi 'Raja' Pada Mak Ayah - Ubah Sebelum Parah


Ibu-bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak. Tersilap didikan, buruk padahnya. Namun kadang-kala tanpa sedar, ada perbuatan ibu-bapa yang sebenarnya telah membawa kepada sikap negatif anak-anak.

Jom semak 5 tanda ini. Awas jika ada pada anak anda ! Ternyata mereka sudah menjadi 'raja' dalam diam. Jika dibiarkan, parah jadinya. Apabila besar nanti, ditakuti anak-anak ini sudah hilang rasa hormat kerana selama ini mereka yang mengawal ibu-bapa.

Perkongsian oleh Doktor Taufiq Razif ini boleh dijadikan panduan untuk semua. Semoga bermanfaat. Ubah sebelum terlambat.

5 Tanda Anak Kita Dah Mula Jadi Raja Kepada Mak Ayahnya

Banyak sangat yang saya jumpa mak ayah yang dikawal oleh anaknya tanpa dia sendiri sedari. Ni tanda-tandanya bila anak dah mula naik kepala dan jadi raja pada mak ayahnya :

1. Mak ayah mula jadi overprotective


Anaknya tak boleh disentuh dan taknak anak susah langsung!

Sifat melindungi ni bagus sebab itu memang fitrah mak ayah yang Tuhan dah bagi tapi kalau dah melampau sangat tu namanya Helicopter Parenting.

Anak yang datang daripada Helicopter Parents ni biasanya akan jadi manja melampau, tak pandai berdikari dan mudah mengalami masalah cemas ( anxiety ) bila dah dewasa nanti

2. Mak ayah tak pernah cakap TAK BOLEH kat anak



Semua benda mak ayah tu terpaksa tunaikan sebab anak meragam tak berhenti bila permintaan tak ditunaikan.

Padahal sifat meragam tu muncul sebab anak dah tahu dah bila meragam je mak dan ayahnya akan kalah dan tunaikan permintaannya.

3. Mak ayah bagi je semua makanan yang anak minta



Mak ayah tu dah tak boleh bezakan antara real food dan jajan.

Semua makanan yang tak sihat mula memenuhi peti ais rumah masing-masing kerana mak ayah tu tak mampu tolak kemahuan anak-anak.

Padahal jajan tu penuh dengan kalori tetapi kosong nutrisi.

4. Mak ayah tak boleh dengar anak menangis



Mak ayah tu jadi gelabah dan gelisah sangat kalau anak menangis.

Akhirnya mak ayah tu tunaikan segala kemahuan anak. Padahal tangisan anak tu adalah tangisan manipulatif.

Tangisan manipulatif ni bukan tangisan yang real pun. Tangisan manipulatif adalah tangisan yang dibuat-buat kerana anak tahu tangisan tu berjaya membuatkan mak ayahnya tunduk dan patuh pada segala kemahuannya!

5. Smartphone mak ayah selalu berada di tangan anaknya




Kalau sekali sekala tak apa. Yang bahayanya sampaikan 24 jam smartphone tu berada di tangan si anak

Akhirnya anak menjadi ketagih dan mula tak dapat kawal emosi ( lack of self control ) bila berjauhan dengan smartphone mak ayahnya

Pssst. Benda ni tak ramai mak ayah yang tahu tau. Tolong sebarkan pada mak ayah yang belum tahu ye.

p/s : Jom belajar banyak lagi tentang anak kita di Telegram channel saya. Klik je link ni t.me/NotaTaufiqRazif

No comments:

Powered by Blogger.