Ads Top

Berita mengejutkan daripada Roy Azman

Pada: Jumaat, 7 Julai 2017
Anak Artis, Berita Artis, Instagram, Isteri Artis, Keguguran, Mengandung, Pelakon, Roy Azman,
Takziah diucapkan kepada pelakon Roy Azman untuk memiliki zuriat bagi anak kelima tidak kesampaian apabila isterinya Fyda Razali disahkan mengalami keguguran.

Berita sedih ini dikongsi sendiri oleh Fyda, 36, menerusi sekeping gambar alat ujian kehamilan yang dimuatnaik di laman Instgramnya pada Rabu.

"Innalillah... tujuh minggu aje dia ada dalam rahim (anak kelima). Baru balik dari klinik setelah beberapa hari alami pendarahan," tulisnya.


Tambahnya lagi, biarpun begitu sedih dengan berita ini, dia dan suami terpaksa reda dan menganggap ia belum rezeki mereka untuk menimang cahaya mata kelima.

"Hari ni gugur betul dah dia. Bila dah bersedia...inilah dikatakan takdir. Bila tak nak ada, bila nak... takde dah... takde rezeki. Mulalah berpantang apa yang patut. Nak cari tukang urut... sabor ajelah," tulisnya lagi sambil berharap akan ada himmah di sebalik apa yang berlaku.

Tag : Anak Artis , Berita Artis , Instagram , Isteri Artis , Keguguran , Mengandung , Pelakon , Roy Azman

No comments:

Powered by Blogger.