Ads Top

Tahun lepas 98 pasang baju raya, tahun ini..... WOW!

Pada: Selasa, 6 Jun 2017
Baju Raya, Berita Artis, Gambar Artis, Pelakon, Rozita Che Wan,
Raya tahun lalu, kita pernah dengar yang Rozita Che Wan ada memberitahu dia menyediakan hampir 98 pakaian pasang baju Raya. Namun tahun ni jumlahnya bukan makin menurun malah makin menaik kepada 104 pasang.

Dengan jumlah pasang baju yang banyak, Che Ta tampil menjelaskan mengapa baju rayanya pada tahun ini mencecah jumlah yang tidak masuk akal.

“Dilantik sebagai duta jenama pakaian Mina selama setahun, saya diberi 94 pasang baju dengan rekaan berlainan untuk hari raya. Janganlah kecam saya kerana ia diberi percuma.

“Tahun lalu saya dikecam gara gara berkongsi jumlah baju raya yang disediakan untuk diri sendiri dan keluarga,” jelasnya kepada BH Plus.

Tambah Che Ta Aaisyah turut menerima 30 pasang baju daripada jenama yang sama. Che Ta turut menempah 10 pasang baju raya dengan pereka Rizman Ruzaini sebagai tambahan dan pastinya ia adalah sedondon untuk digayakan pada 1 Syawal nanti.

Tag : Baju Raya , Berita Artis , Gambar Artis , Pelakon , Rozita Che Wan

No comments:

Powered by Blogger.