Ads Top

Pukul warga Brunei, Lydiawati terima hukuman.. (video)

Pada: Ahad, 11 Jun 2017
Berita Artis, Kes Polis, Kontroversi, Lydiawati, Mahkamah, Pelakon, Pukul, Video Artis,
Lydiawati dikenakan hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang di Kuala Lumpur, selepas mengaku bersalah memukul peniaga wanita warga Brunei menggunakan besi, Mac tahun lalu.

Majistret Haslinda A Raof menjatuhkan hukuman itu terhadap Lydiawati, 51.

Mahkamah turut memerintahkan Lydiawati dikenakan hukuman penjara 14 bulan, jika gagal membayar denda itu.

Lydiawati bagaimanapun sudah membayar denda itu. Jumaat lalu ditetapkan untuk perbicaraan bagaimanapun Lydiawati menukar pengakuannya.

Lydiawati didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Sharifah Harnizam Wan Musa, 43, dengan memukulnya menggunakan besi di hotel di Ampang, kira-kira 6.30 petang, 24 Mac tahun lalu.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada itu, jika sabit kesalahan. -HarianMetro

Tag : Berita Artis , Kes Polis , Kontroversi , Lydiawati , Mahkamah , Pelakon , Pukul , Video Artis

No comments:

Powered by Blogger.