Ads Top

Neelofa tak jadi host masa Fattah-Fazura datang MeleTop?

Pada: Khamis, 22 Jun 2017
Berita Artis, Fattah, Fazura, Nabil, Pelakon, Rancangan TV, Umrah,

Gara-gara tidak muncul dalam program hiburan popular MeleTOP malam Selasa, hos rancangan itu, Neelofa dikecam netizen yang menganggap dia tidak profesional untuk bertentang mata dengan tetamu episod itu, Fattah Amin dan Fazura.

Netizen khususnya peminat gabungan pelakon Hero Seorang Cinderella yang digelar Fattzura itu mempersoalkan tindakan Neelofa sebagai sengaja tidak mahu bertemu pasangan itu.

Hos pada malam itu digantikan dengan penyanyi Siti Nordiana, sementara Imam Muda Asyraf menggantikan Nabil Ahmad.

Nabil ketika ini mengerjakan umrah di Makkah.

Selain itu, akaun Instagram @Meletop turut dihujani lebih 50,000 komen yang memberikan reaksi dan pendapat kerana tidak berpuas hati atas sikap Neelofa itu.

Bagaimanapun, pada episod minggu lalu, Neelofa dan Nabil ada mengumumkan bahawa kedua-dua mereka akan cuti bekerja bagi mengerjakan ibadah umrah namun difahamkan Neelofa ketika ini masih lagi berada dalam negara.

Sementara itu, gandingan pertama kali Siti Nordiana dan Imam Muda Asyraf turut menjadi perhatian penonton. -mStarOnline

Tag : Berita Artis , Fattah , Fazura , Nabil , Pelakon , Rancangan TV , Umrah

No comments:

Powered by Blogger.