Ads Top

Kurang berlakon, populariti Aaron Aziz dicantas Fattah Amin?

Pada: Khamis, 1 Jun 2017
Aaron Aziz, Artis Kacak, Berita Artis, Fattah, Gossip Artis, Kesihatan, Pelakon,

Dengar khabar yang pelakon popular Aaron Aziz kini sering dimasukkan hospital kebelakangan ini. Ia disebabkan ecederaan sendi tengkuk yang dialaminya sejak empat tahun lalu masih belum pulih sepenuhnya dan menyebabkan dia harus mendapatkan suntikan streoid berulang kali dari doktor.

"Sekarang masih sakit, doktor suruh buat pembedahan untuk betulkan sendi leher tapi saya tidak mahu. Buat masa ini saya berehat dan mengelakkan kerja-kerja berat," ujarnya kepada mStar Online.


Buat masa ini Aaron terpaksa banyak berehat dan memungkinkan populariti Aaron untuk berlakon babak-babak romantik semakin dan mudah dicantas oleh Fattah Amin.

Mengulas hal itu, Aaron mengatakan yang semuanya adalah rezeki Fattah dan mengakui yang Fattah memang mempunyai pakej dan bakat yang tersendiri untuk menjadi bintang.

"Ini adalah rezeki dia dan tiada siapa pun boleh mempertikaikannya. Bagi saya jika orang kata dia tidak bagus dalam lakonan dia boleh belajar lagi.

"Susah untuk mengukur potensi seseorang pelakon kerana ada yang boleh berlakon romantik tapi tidak boleh buat aksi. Ia sesuatu yang subjektif," tambahnya lagi.

Tag : Aaron Aziz , Artis Kacak , Berita Artis , Fattah , Gossip Artis , Kesihatan , Pelakon

No comments:

Powered by Blogger.