Ads Top

Kembar Fazura yang sebijik rupanya (12 gambar)

Pada: Khamis, 15 Jun 2017
Fazura, Gambar Artis, Instagram, Kembar, Pelakon, Penyanyi, Syazana,
Nur Syazana Romli yang turut menumpang tuah Fazura gara-gara mereka dikatakan seiras dan seterusnya ia menjadi tular di media sosial. Syazana, 19, turut disapa sebagai Nura Medina iaitu nama watak Fazura dalam drama Hero Seorang Cinderella.

"Itulah, di laman sosial memang ramai yang komen muka kami seiras, lebih-lebih lagi drama Hero Seorang Cinderella sedang hangat, ada juga yang komen saya seperti Nura Medina.

"Saya tidak pernah rasa rimas pun, lagi pula sekarang saya juga membawa nama Fazura iaitu sebagai duta kepada House of Dolls miliknya. Jadi, semua perkara yang melibatkan industri seni perlu mendapat nasihat daripada dia dahulu," ujarnya


Syazana juga baharu selesai penggambaran untuk sebuah muzik video kumpulan Nominos berjudul Fall In Love.

"Tawaran untuk berlakon ada tapi saya tidak berminat buat masa ini. Jika untuk model saya boleh.

"Baru-baru ini saya ada terlibat sebagai model dalam muzik video kumpulan Nominos. Bagi saya pengalaman berlakon untuk muzik video itu mudah kerana tidak perlu berdialog," ujarnya kepada mStar Online.

Tag : Fazura , Gambar Artis , Instagram , Kembar , Pelakon , Penyanyi , Syazana

No comments:

Powered by Blogger.