Ads Top

Gambar Wany Hasrita ada hantu yang menghebohkan

Pada: Rabu, 14 Jun 2017
Gambar Artis, Hantu, Instagram, Kontroversi, Misteri, Penyanyi, Photoshop, Wany Hasrita,

Memang agak mengejutkan apabila gambar yang dimuatnaik oleh penyanyi Wany Hasrita telah menampakkan gambar hantu dibelakang penyanyi berkenaan.

Namun ianya kemungkinan adalah proses edit semata-mata kerana, gambar original berkenaan sebenarnya tidak ada pun makhluk berkenaan.

"Gambar itu diambil tahun lalu, entah mengapa baru disunting dan mereka letak imej hantu pula. Tapi saya sudah jelaskan di ruangan komen gambar tersebut supaya peminat tidak mempercayainya,

"Dalam hal ini mereka sengaja ingin bergurau tapi secara jujurnya memang ada rasa bimbang kerana gambar suntingan seperti ini jika disalah guna akan jadi lebih teruk.

"Ia seperti melibatkan kes-kes artis beberapa hari ini yang mana boleh menjejaskan imej mereka," ujar Wany kepada mStar Online.

Tag : Gambar Artis , Hantu , Instagram , Kontroversi , Misteri , Penyanyi , Photoshop , Wany Hasrita

No comments:

Powered by Blogger.