Ads Top

Ayu Raudhah selamat melahirkan anak ke-3 (gambar baby)

Pada: Selasa, 13 Jun 2017
Ayu Raudhah, Berita Artis, Bersalin, Gambar Artis, Instagram, Pelakon, Zaquan,

Ayu Raudhah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya pada pukul 10.52 pagi Isnin semalam di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Lebih menggembirakan isteri kepada pemain bola sepak Perak, Mohd Zaquan Adha Abd. Radzak itu menimang cahaya mata perempuan.

Pasangan itu mempunyai dua anak lelaki iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 4 dan Muhammad Aisy Aryann, 3.

Berita itu dimaklumkan oleh Mohd Zaquan menerusi Instagram miliknya.

"Alhamdulillah dengan izin Allah, isteri saya selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 10.52 pagi tadi.

"Syukur padaMu Ya Allah," tulisnya

Tag : Ayu Raudhah , Berita Artis , Bersalin , Gambar Artis , Instagram , Pelakon , Zaquan

No comments:

Powered by Blogger.