Ads Top

Anzalna Nasir seronok bermain dengan anak kembar comel ini (13 gambar)

Pada: Rabu, 7 Jun 2017
Anak Kembar, Anzalna Nasir, Gambar Artis, Pelakon,
Anzalna Nasir akui seronok melayan karenah anak kembar, Anggun Darleena dan Anggun Darleesa yang merupakan anak kembar kepada kakaknya, Diana Nasir.

Anzalna berkata dia tidak kisah sekiranya masa lapangnya dihabiskan dengan menjaga dua bayi comel itu.

“Memang tidak mudah untuk menjaga dua bayi sekaligus, bila melihat keadaan kakak saya pun dah tahu susahnya macam mana.

“Kalau ditanya mengenai pengalaman menjaga mereka berdua, saya akui sedikit penat tapi saya tak kisah pun sebab gembira dapat luangkan masa dengan ‘baby’. Tak menang tangan dibuatnya.

“Saya seronok lihat gelagat mereka lagi-lagi tengah semangat nak membesar. Tak jumpa sehari pun boleh rindu,” katanya kepada Astro Gempak.

Tag : Anak Kembar , Anzalna Nasir , Gambar Artis , Pelakon

No comments:

Powered by Blogger.