Ads Top

Anak Datuk Seri Vida dihina kerana hitam..

Pada: Khamis, 8 Jun 2017
Ahli Perniagaan, Anak Artis, Berita Artis, Instagram, Kontroversi, Vida,

Dengar khabar anak kepada Datuk Seri Vida iaitu Cik B dihina kerana berkulit gelap dan jauh berbeza dengan kulit ibunya sendiri. Dan komen di Instagram itu berbunyi begini.

"Saya tak kisah anak Datuk main panas ke, kuat berjalan ke tapi Datuk sebagai pengasas produk Qu Puteh sepatutnya anak putih juga.

"Ke Datuk tak bagi anak Datuk pakai produk Qu Puteh?" tulis salah seorang di Instagram miliknya selepas Vida memuat naik gambar Cik B dan anak lelakinya, Kacak yang tertidur menunggu waktu sahur.


Dan ini komen balas Vida yang cool dan tidak menyakitkan mana-mana pihak sebaliknya.

"Jangan kutuk Cik B hitam, masa kecil saya lagi hitam daripadanya.

"Cik B nak enjoy masa chilhood dia, ikut dia redah jer. Main bola tengah panas dengan budak-budak jate (lelaki). Cik jenis brutal, mujur tak panjat pokok jer,

"Walau apa pun orang cakap dekat Cik B, Mama tetap sayang Cik B... My only girl. Cik B ni bijak orangnya dan minat muzik dan suntingan video malah bisnes pun dia pandai.

"Malah dia sudah ada ejen dan stokis sendiri. Man budak 12 tahun buat begitu?," tulisnya lagi.

Tag : Ahli Perniagaan , Anak Artis , Berita Artis , Instagram , Kontroversi , Vida

No comments:

Powered by Blogger.