Ads Top

Vanidah Imran dapat durian runtuh RM265,000!

Pada: Jumaat, 26 Mei 2017
Berita Artis, Kosmetik, Mahkamah, Pelakon, Saman, Vanidah Imran,
Bukan main lagi nak Raya ni buat Vanidah Imran, dengar berita yang Syarikat pengeluar kosmetik Ronasutra telah menerima perintah oleh pihak mahkamah Seksyen untuk membayar baki bayaran kontrak berjumlah RM265,000 kepada pelakon Vanidah Imran.

Memetik laporan Berita Harian, Hakim Roszianayati Ahmad membuat perintah itu selepas membenarkan tuntutan Vanidah mendapatkan bayaran tunggakan bagi 'talent agreement' yang dimasuki antara pelakon itu dan Miliyasutra Industries Sdn Bhd bagi tempoh dua tahun bermula pada September 2012.

Mahkamah membenarkan tuntutan Vanidah selaku plaintif selepas mendengar keterangan saksi kedua-dua belah pihak.

Oleh itu, Roszianayati memerintahkan Miliyasutra membayar kos berjumlah RM10,950 kepada Vanidah.

Namun, hakim menolak tuntutan Vanidah untuk mendapatkan ganti rugi bagi penggunaan imejnya selepas luput perjanjian, tuntutan bagi ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk.

Selain itu, mahkamah turut menolak saman tuntutan balas Miliyasutra dan memerintahkan syarikat itu membayar kos RM10,000.

Tag : Berita Artis , Kosmetik , Mahkamah , Pelakon , Saman , Vanidah Imran

No comments:

Powered by Blogger.