Ads Top

Muatnaik gambar mangga, Anzalna Nasir hamil?

Pada: Rabu, 3 Mei 2017
Anzalna Nasir, Artis Mengandung, Berita Artis, Gossip Artis, Hamil, Instagram, Pelakon,
Tindakan pelakon Anzalna Nasir memuat naik gambar buah mangga di laman sosial instagram mengundang reaksi peminat yang menyangka dia sedang hamil.

Walau bagaimanapun, Anzalna, 29, menafikan perkara tersebut, sebaliknya hanya ingin berkongsi dengan peminat mengenai buah kegemarannya itu.

"Sebenarnya saya suka makan buah mangga, jadi niat saya memuat naik gambar tersebut di instagram bukan bermaksud nak beritahu saya sedang mengidam hamil.

"Sebelum berkahwin tak ada isu pula kalau makan makanan masam, bila dah kahwin orang fikir begitu pula ya. Saya tak berkecil hati dengan pertanyaan peminat, sebaliknya saya menganggap mereka ambil tahu tentang diri saya kerana sayang dan tak sabar nak tengok saya memiliki anak sendiri," katanya kepada mStar Online.

Tag : Anzalna Nasir , Artis Mengandung , Berita Artis , Gossip Artis , Hamil , Instagram , Pelakon

No comments:

Powered by Blogger.