Ads Top

Makan Ais Cream disuapkan, naik helikopter bersama... (7 gambar)

Pada: Khamis, 4 Mei 2017
Artis Bercinta, Elfira Loy, Gambar Artis, Helikopter, Kekasih Artis, Pelakon, Penyanyi, Sufian Suhaimi,

Sufian Suhaimi, mendapat kejutan manis sempena hari lahirnya yang ke-25 hari ini, apabila diajak menaiki helikopter oleh pelakon yang hangat digosipkan dengannya ketika ini, Elfira Loy.

Bermula dengan sarapan pagi menikmati nasi lemak di sebuah lokasi di ibu kota, akhirnya Elfira 'memperdayakan' penyanyi Terakhir itu menaiki helikopter dengannya kira-kira 20 minit.

Kemudian Elfira mengajak Sufian menemaninya ke The Shorea, Seremban, Negeri Sembilan, kononnya beliau mempunyai sesi fotografi Hari Raya di sana. Sesi fotografi terbabit sebenarnya ialah acara sambutan hari lahir kejutan buat Sufian yang dihadiri insan rapat dengan penyanyi muda berkenaan.

"Alhamdulillah, saya berjaya juga 'mengenakan' dia (Sufian). Susah juga sebenarnya hendak mengumpulkan insan rapat dalam hidupnya di The Shorea ini. Maklumlah, kebanyakannya bukan daripada ibu kota.

"Pada majlis itu, ada teman pengajiannya dari Terengganu dan Johor. Selain mereka, majlis turut dihadiri adik-beradiknya," kata Elfira memetik BharianOnline


Tag : Artis Bercinta , Elfira Loy , Gambar Artis , Helikopter , Kekasih Artis , Pelakon , Penyanyi , Sufian Suhaimi

No comments:

Powered by Blogger.