Ads Top

"Kami Dok Tengah Sedap Peluk Cium, JAIS Tolong la Jangan Kacau Kami, Tak dak Kerja Lain dah ka?"



Kuala Terengganu: Sepasang kekasih memberi alasan mahu berbincang urusan
kerja ketika dicekup berkhalwat oleh penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama
Terengganu (JHEAT) di rumah sewa di Taman Sri Kolam, di sini, pagi tadi.

Malah, wanita berusia 23 tahun tanpa segan silu mengaku hanya melakukan ‘aksi
ringan’ bersama kekasihnya berstatus suami orang sebelum diserbu penguat kuasa
dalam Ops Valentine Day kira­kira jam 1.30 pagi.

Pesuruhjaya JHEAT Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, serbuan dilakukan
selepas menerima maklumat daripada penduduk setempat di kawasan berkenaan
mengenai tindak tanduk mencurigakan pasangan yang bekerja di sebuah syarikat
pengiklanan.

Beliau berkata, siasatan mendapati lelaki berusia 29 tahun menyewa berseorangan
di rumah itu memandangkan isterinya menetap di Kelantan.

"Wanita yang masih bujang itu memaklumkan datang ke rumah sewa lelaki terbabit
untuk berbincang mengenai urusan kerja.

"Selepas berbincang, wanita itu memaklumkan mereka menonton cerita melalui
komputer riba dan mengaku hanya melakukan aksi ringan seperti berpeluk dan
cium sambil menonton cerita," katanya.

Pasangan berkenaan dibawa ke pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut mengikut
Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001
kerana berkhalwat.


No comments:

Powered by Blogger.