Ads Top

Fouziah Gous kini hamil anak ke-2

Pada: Jumaat, 19 Mei 2017
Anak Artis, Artis Mengandung, Berita Artis, Fouziah Gous, Hamil, Pelakon,

Fouziah Gous berkongsi berita gembira kehamilan keduanya yang kini sudah memasuki minggu ke 14.

Fouziah berkata, dia setakat ini mengalami alahan yang berbeza dengan kehamilan pertama dan anak sulungnya, Muhammad Zeeshan yang berusia dua tahun tidak mahu berenggang dengannya.

“Kali ini memang mencabar. Zeeshan macam tahu dia bakal jadi abang, jadi asyik “lekat” dengan saya. Dia tak mahu berpisah.

“Saya tidak tahu pun hamil. Tapi suami ada mimpi tentang kehamilan ini, cuma kami ingat hanya mainan tidur.

“Jumpa doktor untuk buat pemeriksaan kesihatan dan Alhamdulillah, saya disahkan mengandung tujuh minggu ketika itu,” katanya.


Ditanya soal jantina kandungan, Fouziah berkata, dia sidah membuat imbasan namun masih belum kelihatan jantina bayi tersebut.

“Saya dan suami sebenarnya tidak kisah. Asalkan bayi dilahirkan sihat, kami cukup bersyukur,”katanya.


Fouziah juga berkongsi berita gembira tersebut di laman sosial, Instagramnya

Tag : Anak Artis , Artis Mengandung , Berita Artis , Fouziah Gous , Hamil , Pelakon

No comments:

Powered by Blogger.