Ads Top

Elizabeth Tan dedah sebab utama putus bercinta

Pada: Khamis, 25 Mei 2017
Ahli Perniagaan, Elizabeth Tan, Gossip Artis, Pelakon, Putus Cinta, Singapore,
Elizabeth Tan, tidak menafikan hubungan cintanya bersama ahli perniagaan putus sejak sebulan lalu disebabkan kehadiran orang ketiga. Elizabeth atau Lizzy menjelaskan, hubungan cinta selama empat bulan itu turut membuatkan beliau meminggirkan keluarganya.

"Saya sebak apabila bercerita mengenai isu ini kerana saya meminggirkan keluarga demi cinta, namun apa yang berlaku membuka mata saya. Syukur kerana keluarga menerima saya dengan tangan terbuka.

"Tempoh percintaan sepanjang empat bulan itu cukup mematangkan diri saya selepas kerap berdepan pelbagai cabaran. Saya tidak nafikan dia curang.

"Saya enggan dikaitkan lagi dengan dirinya atau mana-mana pihak. Buat masa ini, saya lebih selesa untuk memberi fokus pada kerjaya," katanya kepada BH Online.

Tag : Ahli Perniagaan , Elizabeth Tan , Gossip Artis , Pelakon , Putus Cinta , Singapore

No comments:

Powered by Blogger.