Ads Top

Tidak bertudung dalam drama, Zarina Zainuddin mohon maaf

Pada: Selasa, 18 April 2017
Berita Artis, Drama, Instagram, Kontroversi, Pelakon, Zarina Zainuddin,
Zarina Zainuddin memohon maaf jika ada pihak kurang senang dengan tindakannya membuka tudung bagi menjayakan watak dilakonkan. Zarina berkata biarpun sedar perbuatannya salah di sisi agama, namun sebagai pelakon yang belum bersara dia terpaksa berbuat demikian bagi menghidupkan watak.

"Sebelum ini, saya pernah jelaskan, walaupun sudah berhijab, mungkin saya membuka tudung bagi sesetengah drama. "Memang salah cara itu dan kalau nak diikutkan, berlakon juga tetap berdosa biarpun bertudung labuh.

"Maafkan diri ini seandainya ada pihak yang tidak senang melihat saya di kaca televisyen (TV) tanpa tudung bagi sesetengah drama.

"Suami saya pun tidak menggalakkan cara saya ini. Dia juga sudah berpesan, kalau boleh jangan buka tudung. Tindakan ini ialah salah saya sendiri," katanya memetik BH Online.


Baru-baru ini Zarina dikecam netizen gara-gara memuat naik foto berambut palsu bagi menjayakan drama rantaian 100 episod, Dendam Aurora.

Tag : Berita Artis , Drama , Instagram , Kontroversi , Pelakon , Zarina Zainuddin

No comments:

Powered by Blogger.