Ads Top

Sam, Syatilla enggan 'jual anak'!

Pada: Selasa, 25 April 2017
Anak Artis, Artis Mengandung, Berita Artis, Shaheizy Sam, Suami Isteri, Syatilla Melvin,
Shaheizy Sam dan isterinya, Syatilla Melvin yang bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi. Namun, Sam dan Syatilla mengambil pendekatan untuk tidak mahu “menjual” anak mereka itu nanti demi mencari populariti dan hak eksklusif untuk sesebuah rancangan televisyen.

"Kalau ada pasangan selebriti yang menjual hak eksklusif anak mereka ketika waktu lahir, saya dan isteri tidak berhajat sebegitu. Rasa macam tak seronok pula bunyi “menjual” macam itu. Biarlah secara semula jadi sebab selama ini pun kami tidak pernah lokek untuk berkongsi cerita tentang perkembangan di laman sosial. Tak ada apa yang hendak disembunyikan.

Lagipun sebagai golongan artis, sudah pastilah peminat nak mengetahui apa yang terkini. Apabila kita “menjual” hal membabitkan anak, itu bermakna kita sudah mengehadkan sesuatu. Jadi jalan paling mudah, baik tak payah “menjual” kepada mana-mana pihak." kata Sam kepada portal Utusan


Dalam pada itu, Sam dan Syatilla juga tidak akan membuka satu akaun Instagram khas buat anak mereka seperti selebriti lain. Segala perkembangan dan aktiviti anak mereka akan dikongsikan hanya melalui laman sosial mereka sendiri.

Hm, siapa artis yang 'menjual anak' mereka sebelum ini?

Tag : Anak Artis , Artis Mengandung , Berita Artis , Shaheizy Sam , Suami Isteri , Syatilla Melvin

No comments:

Powered by Blogger.