Ads Top

Roslan Shah bengang dengan Datuk Seri Vida

Pada: Rabu, 26 April 2017
Ahli Perniagaan, Berita Artis, Pengacara TV, Roslan Shah, Singapore, Vida,
Roslan Shah melahirkian rasa kecewa apabila pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman membatalkan kehadirannya di saat-saat akhir pada majlis yang bakal berlangsung di Singapura akhir bulan ini.

Roslan berkata, perkara berkenaan telah menjejaskan reputasi dan nama baiknya kepada pihak penganjur yang mahu Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida hadir memberi ceramah.

"Saya terkilan kerana iklan dan poster yang menguar-uarkan tentang kehadiran Datuk Vida pada majlis itu sudah pun dinaikkan.

"Malah, saya sudah pun mengatur sesi promosi dan temuramah dengan sebuah radio di sana pada 29 April ini. Apa yang saya kecewa dia tidak menjawab mesej dan telefon saya untuk menjelaskan situasi berkenaan untuk saya terangkan kepada penganjur,

"Kami tiada perjanjian hitam dan putih tapi saya ada mesej-mesej dia sebagai bukti yang dia sudah berjanji untuk datang. Saya tiada niat memburukkan dia tapi sebagai kawan lama yang mengenalinya sejak lebih lapan tahun, saya rasa sungguh sedih.

"Pihak penganjur pastinya memberi tanggapan buruk kepada saya selepas ini," ujarnya kepada mStar Online.

Tag : Ahli Perniagaan , Berita Artis , Pengacara TV , Roslan Shah , Singapore , Vida

No comments:

Powered by Blogger.