Ads Top

Persembahan Aiman Tino paling kurang RM12,000!

Pada: Ahad, 30 April 2017
Aiman Tino, Berita Artis, Konsert Artis, Kontroversi, Lagu Mp3, Penyanyi,
Kontroversi berpanjangan membabitkan penyanyi Aiman Tino yang dikatakan perlu dibayar tinggi dalam sesebuah persembahan menimbulkan rasa kurang senang pihak syarikat pengurusannya.

Menurut Mahadhir Mohamad selaku pengurus Aries Music, Aimanitu layak menerima bayaran tinggi berdasarkan populariti, nilai komersial dan permintaan terhadapnya.

"Apa salahnya jika kami meletakkan kadar bayaran tertentu mengikut kemampuan penganjur.

"Perkiraan yang dibuat adalah berdasarkan kaedah ekonomi iaitu selagi ada demand (permintaan), selagi itulah wujudnya supply (penawaran).

"Pada masa ini jadual Aiman sangat padat, setiap minggu ada saja acara yang perlu dihadirinya. Ini bermakna dia mempunyai nilai atau value untuk mendapat bayaran tinggi," katanya ketika dihubungi mStar Online


Ada individu tertentu yang mendedahkan wakil Aiman Tino didakwa meletakkan kadar bayaran sehingga RM12,000 bagi persembahan di Semenanjung dan RM14,000 jika mengadakan persembahan di Sabah atau Sarawak.

Kadar bayaran itu adalah bagi persembahan yang menggunakan minus one untuk satu hingga tiga buah lagu tidak termasuk tiket penerbangan pergi dan balik serta penginapan

Tag : Aiman Tino , Berita Artis , Konsert Artis , Kontroversi , Lagu Mp3 , Penyanyi

No comments:

Powered by Blogger.