Ads Top

Pelakon Malaysia ditangkap di medan sorok dadah dalam bont0t



Pelakon Malaysia ditangkap di medan sorok dadah dalam dubur|Seorang pelakon popular Malaysia Hari ini di tangkap oleh polis bandara Kualanamu Medan selepas polis negeri itu menemukan dadah jenis syabu yang disorokkan di dalam duburnya lapor Tribun medan

Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim sekali lagi berhadapnan dengan pihak berkuasa,namun kali ini dia berdepan dengan polis luar negara.

Benjy anak kepada Allahyarham Azean Irdawaty itu diberkas setelah dua paket syabu berjaya dikeluarkan dari duburnya oleh pasukan keselamatan selepas dia mendarat di Lapangan Terbang Kualanamu, Medan.

Menurut Ketua Pengawasan dan Pelayanan Kastam dan Cukai Lapangan Terbang Kualanamu, Zaky Firmansayah, Benjy tiba di lapangan terbang berkenaan menggunakan pesawat Malindo Air dari Kuala Lumpur untuk bertemu rakannya.

“Setelah dilakukan pemeriksaan, ditemukan dua bungkus syabu seberat 14 gram yang disembunyikan di duburnya.

“Suspek mengaku membeli syabu daripada seseorang di Kuala Lumpur. Suspek juga pernah didakwa kerana kes sama (dadah) di Malaysia sebanyak empat kali sekitar 2015,” ujarnya.

Laporan berkenaan turut menyebut, Benjy kini ditahan untuk siasatan di sebuah balai polis di sana.

No comments:

Powered by Blogger.