Ads Top

"Nak Juga Rasa Rampas Suami Orang Lain, Sebab Suami Saya Pun Kena Rampas" - Luahan Hati Seorang Janda

Gambar Hiasan

Selalu kita baca luahan dari para isteri mengenai suami dirampas namum luahan kali ini agak berlainan. 

Ini luahan dari seorang janda yang ingin merampas suami orang. Jom ikuti luahan ini dan mungkin ianya salah satu bentuk perlian. Tepuk dada tanya selera. 

Hai, As Salam. Nama saya Nina. Saya janda anak 1. Cantik, bergaya dan bekerjaya. Saya berhajat nak mencari teman hidup. Tapi saya nak cari suami orang jugak. Nak juga rasa bagaimana hebatnya bila kita berjaya rampas orang lain punya. Sebabnya, suami saya yang dulu pun dirampas orang. Isteri orang plak tu. Seronok ke ambil orang punya? 

Itu sebab saya nak cuba. Jadi modus operandi saya ialah dengan stalk fb puan-puan yang selalu bermegah-megah suamiku paling sweet, suamiku paling rajin, suamiku paling romantik, suamiku imamku. 
Ye la, saya tak perlu la usaha nak cari ciri-ciri yang saya nak kan, sebab puan-puan dah cerita semuanya kat fb, dah tayang semua kesweetan suami puan-puan. Mana mungkin saya tak tergoda kan. Siapa la yang tak nak suami yang baik-baik, yang beriman, yang romantik. Lagi mudah buat saya nak cari calon yang sesuai. 

Kemudian nanti saya add la suami puan-puan. Pm dulu bagi salam, say hi semua kan. Saya ni kan cantik. Mustahil la suami puan-puan tengok dp fb saya tak tergoda. Kalau terkena suami kawan sendiri pun nak buat macam mana kan. Dah jodoh saya. Bole la kita bermadu ye.

Saya ni kalau bole tak nak la suami orang. Tapi nak buat macam mana, saya tergoda la dengan segala kebaikan suami yang puan-puan dok canang kat fb. 

Jadi, kalau puan-puan tak nak saya caras suami puan-puan, apa kata puan-puan diam-diam ja pasal kebaikan, kesweetan, keromantikan suami puan-puan. Simpan ja untuk puan-puan ye. Nak-nak pulak puan-puan dok upload gambar kemesraan suami puan-puan kat fb.

Buatnya syaitan cucuk saya, saya screenshot gambar tu, bawak jumpa bomoh siam suruh bomoh guna sihir pemisah, lagi la naya kan. Jadi puan-puan simpan untuk diri sendiri dah la ye. Awas, jangan cerita bahagia puan-puan kat khalayak. Kalau jumpa kat saya nanti, habis laaa...

sumber

No comments:

Powered by Blogger.