Ads Top

Najip Ali hina PM Malaysia, Seniman bakal 'banned'

Pada: Rabu, 5 April 2017
Berita Artis, Najip Ali, Perdana Menteri, Rancangan TV, Seniman, Singapore,
Tindakan stesen televisyen Singapura menyiarkan rancangan yang dikatakan mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengundang kemarahan rakyat negara ini.

Sehubungan itu Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia, Hafiz Nafiah menuntut permohonan maaf daripada stesen Mediacorp 5 milik Temasek Holdings berikutan penyiaran rancangan hiburan OK Chope! di negara itu.

"Seniman mendesak penerbit rancangan OK Chope! meminta maaf kepada Perdana Menteri dan rakyat Malaysia di atas keceluparan ini.

"Jika tidak, kami akan mengetuai usaha untuk mengharamkan artis-artis biadab berkenaan daripada terus berkarya di Malaysia.

"Seniman juga akan mengambil beberapa langkah lain jika permohonan maaf secara bertulis dan rakaman tidak dilakukan," katanya menerusi kenyataan kepada mStar Online

Kenyataan itu merujuk kepada tindakan beberapa selebriti Singapura termasuk pengacara terkenal, Najip Ali yang dengan sengaja menjadikan Najib sebagai bahan jenaka ketika muncul dalam episod ke-26 rancangan hiburan tersebut.

Menerusi rancangan itu, pesertanya diminta melengkapkan tajuk berita berkaitan Najib yang dikurangkan satu perkataan iaitu “Najib slams... for treating Malaysia progress”.

Perkataan asal yang tertinggal pada berita itu ialah ‘fake news’.

Tag : Berita Artis , Najip Ali , Perdana Menteri , Rancangan TV , Seniman , Singapore

No comments:

Powered by Blogger.