Ads Top

Inilah bakal isteri Dazrin Kamarudin (gambar)..

Pada: Khamis, 6 April 2017
Calon isteri, Dazrin Kamaruddin, Gambar Artis, Kekasih Artis, Pelakon, Pramugari,
Pelakon, Dazrin Kamarudin bakal melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya iaitu Nur Fazulin Razali pada 6 Mei depan. Pernikahan mereka akan berlangsung di Hotel Avillion Legacy Melaka manakala majlis persandingan dijangka diadakan pada Julai.

"Alhamdulillah jodoh saya sudah sampai dan Insya-Allah saya dan bakal isteri akan melangsungkan pernikahan pada 6 Mei.

"Kami akan bernikah terlebih dahulu sebelum mengadakan majlis persandingan pada Julai depan di Melaka juga," katanya memetik mStarOnline.

Bercakap mengenai Nur Fazulin atau Zulin, Dazrin berkata, dia berkenalan dengan bakal isterinya yang juga seorang Ketua Pramugari sebuah syarikat penerbangan berpangkalan di Jeddah, Arab Saudi itu hampir dua tahun lalu.

Katanya, mereka mula berhubungan menerusi aplikasi Smule kerana masing-masing minat menyanyi sebelum hubungan itu bertambah akrab.

Tag : Calon isteri , Dazrin Kamaruddin , Gambar Artis , Kekasih Artis , Pelakon , Pramugari

No comments:

Powered by Blogger.