Ads Top

Tujuh Maut Nahas Helikopter di Nepal



KATHMANDU, 8 Ogos: Tujuh maut dalam satu nahas sebuah helikopter yang terhenpas di lereng bukit di Nepal hari ini.

Tujuh yang maut termasuk seorang bayi, kata seorang pegawai penerbangan.

Helikopter milik Fishtail Air itu difahamkan sedang membawa enam penduduk tempatan ke ibu kota selepas ia terputus hubungan dengan kawalan trafik udara kira-kira 30 minit selepas berlepas.

"Ada lima dewasa dan seorang bayi dalam helikopter termasuk juruterbang dan tiada mangsa terselamat.

"Tanpa siasatan kami tidak tahu punca nahas," kata Ramesh Shiwakoti dari Fishtail Air. - Siakapkeli.my

Sumber : BH Online

No comments:

Powered by Blogger.