Ads Top

Olimpik Rio : Beregu Lelaki Badminton Negara Berjaya Mara ke Final

Rio de Janeiro, 17 Ogos: Pasangan badminton beregu lelaki negara, Goh V Shme-Tan Wee Kiong berjaya mencipta sejarah apabila melayakkan diri ke perlawanan akhir di Olimpik Rio hari ini.

Pasangan itu berjaya menumpaskan gandingan nombor lima dunia, Chai Biao-Hong Wei 21-18, 12-21, 21-17 dalam perlawanan yang berdurasi 64 minit.

Mereka dijadualkan menentang pilihan keempat dari China, Fu Haifeng-Zhang Nan atau beregu Britain, Marcus Ellis-Chris Langridge pada Jumaat ini. - Siakapkeli.my

No comments:

Powered by Blogger.