Ads Top

Monyet Nakal Curi Dokumen Tentera di Kem Terendak


Melaka, 2 Ogos - Beberapa dokumen penting tentera telah dicuri di Kem Terendak dalam satu 'rompakan' - oleh sekumpulan monyet.

Menurut laporan The Star, dalam kejadian yang berlaku dua hari lalu, seorang posmen sedang menjalankan tugasnya seperti biasa di kem itu sebelum tiba-tiba sekumpulan monyet datang menyerang lalu mengambil dokumen-dokumen itu darinya. Dalam masa beberapa saat sahaja, haiwan itu sudah berjaya meloloskan diri ke atas pokok dan bangunan.

Serangan oleh kumpulan terbabit juga turut menyebabkan posmen yang berusia 33 tahun itu cedera.

Polis kini sedang mengesan 'pencuri-pencuri' itu selepas satu laporan polis dibuat di balai polis Sungai Udang semalam.

The Star juga berkata, mereka difahamkan tiga dokumen yang dicuri itu boleh dianggap dokumen penting dan posmen itu juga telah melampirkan sekali nombor serial dokumen berkenaan di laporan polisnya.

Pengarah Taman Negara dan Hidupan Liar (Perhilitan) Melaka, Noorzakiahanum Mohd Noh berkata, monyet-monyet di kawasan itu turut menyerang penghuni di kem tentera, sekolah dan masjid yang ditempatkan di dalam kawasan kem berkenaan.

Namun ini bukan kali pertama kes serangan monyet berlaku di kem Terendak.

18 bulan lalu, sekumpulan monyet memecah masuk kereta seorang askar dan mencuri semua barang milik askar itu termasuk barangan scuba diving, lesen, kad ATM dan duit. - Siakapkeli.my

Sumber : The Star

No comments:

Powered by Blogger.