Ads Top

Mira Filzah dan Fattah Amin berkongsi jiwa bersama?




Jika sebelum ini pernah digosipkan dengan Zizan Razak dan Ben Ali, terbaru Mira Filzah didakwa mempunyai hubungan istimewa bersama Fattah Amin pula. Malah beliau juga dikatakan penyebab hubungan pelakon itu dengan Sherry Ibrahim putus. Bagaimanapun, Mira menafikan tuduhan berkenaan dan menjelaskan bahawa hubungan yang terjalin hanyalah atas dasar kerja.


“Tiada apa-apa hubungan istimewa antara kami. Semuanya dilakukan hanya atas dasar kerja. Memang tidak ada yang lebih-lebih seperti heboh diperkatakan. Selagi tidak keluar daripada mulut saya sendiri, saya bercinta dengan sesiapa, bermakna saya masih single. Cerita yang bertebaran itu tidak benar sama sekali. Saya selesa berkawan dengan semua orang”

“Sebelum ini pun saya pernah cakap, mungkin dengan berkahwin saja barangkali cerita sebegini akan lenyap. Bagaimanapun saya belum ada calon lagi, jadi macam mana nak kahwin. Seperti penyertaan saya dalam syarikat Myfastyle pun kerana saya berhubung sendiri dengan Faz, memang tiada kaitan dengan Fattah,” katanya kepada Berita Harian Online.

Terdahulu, menerusi ruangan Cik Pang di Harian Metro, Fattah sebenarnya sudah lama ingin memutuskan hubungan dengan bekas kekasihnya itu kerana sudah tidak tahan dengan sikap dramatis wanita itu yang dikatakan kuat cemburu dan terlalu mengongkong. Selain itu Fattah juga kini membuka syarikat pengurusan artis dan menarik Mira untuk bernaung.

Namun Mira ketika ditanya mengenai penyertaan beliau ke syarikat pengurusan itu, beliau menafikan dakwaan mengatakan beliau menyertai syarikat itu kerana ajakan Fattah semata. Jelasnya, beliau memerlukan mereka yang lebih pakar dan berpengalaman dalam menguruskan apa saja tawaran membabitkan tanggungjawab sebagai duta atau jenama.

No comments:

Powered by Blogger.