Ads Top

Manusia Kedua Terkaya di Dunia Perkenal Waktu Kerja 3 Hari Seminggu Untuk Stafnya


Lelaki kedua terkaya di dunia, Carlos Slim, nampaknya bukan jenis seorang yang mementingkan wang semata-mata, tetapi juga mementingkan kualiti kehidupan.

Terbaharu, Carlos memperkenalkan waktu kerja 3 hari seminggu untuk pekerjanya dan dia berfikir setiap syarikat di dunia ini perlu mengikuti jejaknya itu.

Namun skim pekerjaan Carlos itu mempunyai pertukaran iaitu tempoh persaraan para pekerjanya akan dilanjutkan.

Bercakap kepada Bloomberg Businessweek, Carlos menjelaskan mengapa semua orang perlu kurangkan bekerja dan melebihkan masa rileks.

Menurut Carlos, semakin maju teknologi di dunia, sepatutnya waktu manusia bekerja menjadi semakin kurang.

"Saya fikir mereka patut bekerja tiga hari seminggu, supaya mereka dapat meluangkan masa untuk perkara lain.

"Kualiti hidup dan mempunyai masa empat hari cuti membolehkan banyak pertumbuhan aktiviti ekonomi - seperti pelancongan, hiburan, sukan, kebudayaan dan pendidikan.", kata Carlos.

Carlos merupakan pemilik syarikat Telmex yang bernilai £59 billion. - Siakapkeli.my

No comments:

Powered by Blogger.