Ads Top

Kes Saman Pertama Libatkan Pokemon Go di Malaysia : Lelaki Disaman Kerana Buru Pokemon Sambil Memandu


PETALING JAYA, 7 Ogos: Baharu sahaja dilancarkan di Malaysia semalam, sudah ada saman yang dikeluarkan disebabkan permainan Pokemon Go.

Menurut laporan dari Sin Chew Daily, saman itu dikeluarkan kepada seorang pemuda yang memburu karakter pokemon tersembunyi ketika dia sedang memandu semalam.

Dalam kejadian yang berlaku di Kuantan, Pahang itu, tindakan lelaki berkenaan dikesan oleh seorang anggota polis trafik yang kemudiannya mengeluarkan saman RM300 kepada lelaki itu diatas kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, SAC Mahamad Akhir Darus berkata, tindakan memandu sambil bermain aplikasi permainan, menghantar sistem pesanan ringkas atau menjawab panggilan telefon tanpa menggunakan alat 'hands free' adalah menyalahi Akta Pengangkutan Jalan.

Pemandu akan hilang tumpuan dan mungkin menyebabkan kemalangan, membahayakan keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain,” katanya. - Siakapkeli.my

Sumber : FMT

No comments:

Powered by Blogger.